Lihat perkara yang dilakukan oleh perniagaan lain di Facebook
Dapatkan ringkasan, sorotan dan cuitan bagi acara industri utama
Terokai contoh kreatif dan buat contoh iklan anda sendiri

Bermula dengan iklan

Berikut adalah cara menyediakan iklan Facebook dan mengurusnya.

Perkara yang anda perlukan untuk mula mencipta iklan Facebook

Fikirkan matlamat perniagaan yang anda ingin capai

Matlamat perniagaan anda, sebab anda menyiarkan iklan itu

Fikirkan tentang khalayak yang anda ingin sasarkan

Pemahaman tentang orang yang anda ingin jangkau

Fikirkan tentang peruntukan belanja, harian atau sepanjang hayat

Peruntukan belanja harian atau sepanjang hayat untuk iklan anda

Fikirkan kreatif, foto atau video anda

Foto atau video untuk ditampilkan dalam iklan anda

Pilih objektif anda

Antara muka Pengurus Iklan Facebook pada komputer meja: pilih objektif iklan

Untuk memilih objektif iklan yang tepat, jawab soalan “apakah hasil yang paling penting yang saya inginkan daripada iklan ini?” Hasil yang diingin mungkin jualan pada tapak web anda, muat turun bagi apl anda atau peningkatan kesedaran jenama.

Pilih khalayak anda

Menggunakan maklumat yang anda ketahui tentang orang yang anda ingin jangkau—seperti umur, lokasi atau pelbagai perkara lain—pilih demografi dan kelakuan yang mewakili khalayak anda.

Antara muka Pengurus Iklan Facebook pada komputer meja: kemungkinan jangkauan untuk khalayak

Putuskan tempat untuk menyiarkan iklan anda

Seterusnya, pilih tempat anda ingin menyiarkan iklan anda, sama ada di Facebook, Instagram atau apl dan tapak web dalam Audience Network—atau merentasi kesemuanya. Dalam langkah ini, anda juga boleh memilih untuk menyiarkan iklan pada peranti mudah alih tertentu.

Iklan Facebook pada mudah alih

Facebook

Iklan Instagram pada mudah alih

Instagram

Iklan Facebook menggunakan Audience Network untuk ditunjukkan pada apl mudah alih pihak ketiga

Audience Network

Tetapkan peruntukan belanja anda

Masukkan peruntukan belanja harian atau sepanjang hayat anda dan tempoh masa anda ingin iklan anda disiarkan.

Antara muka Pengurus Iklan Facebook pada komputer meja: peruntukan belanja dan jadual

Pilih satu format

Anda boleh memilih untuk menunjukkan imej atau video tunggal atau berbilang imej dan video dalam iklan anda. Atau anda boleh memilih untuk mencipta iklan tayangan slaid atau iklan Kanvas.

Buat pesanan anda

Setelah anda menyerahkan iklan anda, ia akan ke lelongan iklan kami di mana iklan itu akan mula ditunjukkan kepada orang yang betul.

Ukur dan uruskan iklan anda

Setelah iklan anda disiarkan, anda boleh menjejaki prestasi dan menyunting kempen anda dalam Pengurus Iklan, Penyunting Kuasa atau Pengurus Perniagaan Facebook. Dalam alat tersebut, anda boleh nampak sekiranya satu versi iklan anda berfungsi dengan lebih baik berbanding satu versi lagi, atau jika iklan anda tidak disampaikan secara berkesan, maka lakukan pelarasan sewajarnya.

Pengurus Iklan Facebook: laporan prestasi

Mula siarkan iklan Facebook untuk memenuhi matlamat perniagaan anda.

Sekumpulan apl dan perkhidmatan untuk semua cara bagi orang dan perniagaan berhubung.

Seberapa berguna anda nampak halaman ini?
Facebook for Business

Facebook boleh membantu perniagaan anda yang besar, sederhana atau kecil berkembang. Dapatkan berita terkini untuk pengiklan dan banyak lagi di Halaman Perniagaan Facebook kami.