Lihat perkara yang dilakukan oleh perniagaan lain di Facebook
Dapatkan ringkasan, sorotan dan cuitan bagi acara industri utama
Terokai contoh kreatif dan buat contoh iklan anda sendiri
Jejaki prestasi iklan Facebook

Ukur iklan anda

Dapatkan penyelesaian pengukuran iklan Facebook yang tepat untuk perniagaan anda.

Pergi ke Pengurus Iklan

Penyelesaian pengukuran kami disusun mengikut objektif untuk memberi anda wawasan perniagaan yang paling penting

Hasil Khalayak

Ukur prestasi jangkauan, kekerapan, penyasaran dan silang peranti untuk memahami dan mengoptimumkan cara anda berhubung dengan khalayak anda.

Di Facebook

Di Luar Facebook

  • Laporan jangkauan silang penerbit

    Ukur jangkauan dan kekerapan bagi kempen iklan anda merentasi penerbit, peranti, aplikasi dan pelayar. Lihat bilangan orang yang nampak iklan anda, kekerapan mereka nampak iklan anda dan sumbangan setiap penerbit untuk jangkauan menyeluruh.

Dengan Rakan Kongsi

  • Pengesahan kebolehlihatan

    Ukur dan sahkan metrik perhatian untuk iklan Facebook dan Instagram dengan bantuan alat pengesahan pihak ketiga yang dipercayai.

    Ketahui lebih lanjut tentang pengesahan kebolehlihatan

  • Nielsen DAR & TAR

    Ukur dan bandingkan khalayak yang anda jangkau dalam kempen dalam talian dan TV anda.

    Penarafan Iklan Digital (DAR) memberi anda data jangkauan, kekerapan dan GRP yang sebanding dengan penarafan TV Nielsen.

    Jumlah Penarafan Iklan (TAR) menggabungkan wawasan DAR dengan data penarafan TV untuk menentukan GRP kempen untuk TV+dalam talian dan keseluruhan kempen anda.

Hasil jenama

Ukur kesedaran iklan, pengingatan kembali iklan, kesedaran jenama dan tanggapan jenama untuk mengetahui cara perbelanjaan media anda memberikan kesan langsung terhadap reputasi perniagaan anda.

  • Kenaikan Jenama

    Klikan dan suka bukanlah cara yang terbaik untuk mengukur cara iklan memberikan kesan terhadap jenama anda. Kenaikan Jenama membantu anda mengukur iklan dengan lebih berkesan dengan membuat peninjauan tindak balas daripada orang yang nampak iklan anda dan membandingkannya dengan tindak balas daripada orang yang tidak nampak.

    Ketahui lebih lanjut tentang Kenaikan Jenama

  • Anggaran Kenaikan Pengingatan Kembali Iklan (Orang)

    Optimumkan strategi kreatif dan pilihan penyasaran anda dengan wawasan yang diperoleh daripada pengukuran pengingatan kembali untuk iklan di Facebook atau Instagram.

    Ketahui lebih lanjut tentang Anggaran Kenaikan Pengingatan Kembali Iklan

Hasil Jualan

Ukur petunjuk, pemasangan, pembelian, penukaran, ROI dan pelbagai lagi untuk mengetahui cara keputusan pemasaran anda memberikan kesan langsung terhadap matlamat jualan anda.

Di Facebook

  • Pelaporan penukaran

    Ukur iklan yang disiarkan di Facebook, Instagram dan Audience Network untuk keupayaannya mendorong penukaran dalam talian, jualan luar talian serta lawatan dalam gedung.

    Ketahui lebih lanjut tentang pelaporan penukaran luar talian

  • Kenaikan Penukaran

    Ketahui nilai sebenar bagi iklan Facebook, Instagram dan Audience Network silang peranti anda dengan menemui penukaran tambahan yang boleh didorong oleh kempen anda secara dalam talian, luar talian dan dalam apl mudah alih.

    Ketahui lebih lanjut tentang Kenaikan Penukaran

  • Kenaikan Rakan Kongsi

    Gunakan penyelesaian pengukuran ROI dikuasakan Facebook pihak ketiga untuk mengukur kenaikan dalam jualan anda.

Di dalam & luar Facebook

  • Pelaporan kempen silang penerbit

    Fahami dan bandingkan nilai kempen silang penerbit anda merentasi pelayar dan peranti.

  • Pelaporan atribusi silang penerbit

    Ukur nilai kempen merentasi pelan media digital anda dengan penyelesaian atribusi berasaskan orang yang meliputi penukaran silang peranti, laluan ke penukaran dan model atribusi seperti Last-Touch, Even-Credit, Time-Decay dan pelbagai lagi.

Hubungi wakil akaun anda untuk mendapatkan butiran lanjut.

Dengan Rakan Kongsi

  • Atribusi berbilang sentuhan

    Bekerjasama dengan rakan kongsi pengukuran pihak ketiga kami untuk memahami prestasi mengikut saluran dan bandingkan nilai merentasi semua pemasaran digital anda.

  • Pemodelan gabungan pemasaran

    Ukur dan bandingkan keberkesanan saluran pemasaran anda untuk sumbangan kepada jualan, kecekapan dan ROI mereka.

  • Rakan kongsi pengukuran mudah alih

    Ukur kempen apl mudah alih Facebook anda dengan rakan kongsi pihak ketiga kami untuk memahami cara Facebook mendorong pemasangan dan hasil dibanding dengan rangkaian iklan yang bekerjasama dengan anda.

  • Kenaikan Rakan Kongsi

    Ukur kenaikan jualan menggunakan penyelesaian ROI pihak ketiga.

Lihat prestasi iklan Facebook anda.

Sekumpulan apl dan perkhidmatan untuk semua cara bagi orang dan perniagaan berhubung.

Seberapa berguna anda nampak halaman ini?
Facebook for Business

Facebook boleh membantu perniagaan anda yang besar, sederhana atau kecil berkembang. Dapatkan berita terkini untuk pengiklan dan banyak lagi di Halaman Perniagaan Facebook kami.