Lihat perkara yang dilakukan oleh perniagaan lain di Facebook
Dapatkan ringkasan, sorotan dan cuitan bagi acara industri utama
Terokai contoh kreatif dan buat contoh iklan anda sendiri
Sediakan Halaman Facebook anda

Menyediakan Halaman anda

Anda boleh menyediakan Halaman perniagaan Facebook secara percuma dalam beberapa minit sahaja, daripada peranti mudah alih atau komputer.

Cipta Halaman

Perkara yang diperlukan untuk menyediakan Halaman Facebook anda

Cara mencipta Halaman Facebook anda

Nama untuk Halaman anda dan ringkasan tentang perniagaan anda

Nama Halaman anda boleh menggunakan nama perniagaan anda atau nama lain yang orang mungkin cari untuk mendapatkan perniagaan anda. Gunakan bahagian Perihal untuk memberitahu orang ramai serba-sedikit tentang aktiviti perniagaan anda.

Foto profil dan foto muka depan

Pilih foto yang paling tepat menggambarkan perniagaan anda. Anda boleh menggunakan logo anda sebagai foto profil dan imej gedung, produk atau satu daripada kempen pemasaran semasa anda sebagai foto muka depan anda.

Tindakan yang anda mahu orang ambil apabila mereka mengunjungi Halaman anda

Di bahagian atas Halaman, anda boleh menambahkan seruan tindakan yang mengarahkan pelawat Halaman anda supaya melakukan sesuatu, seperti mengunjungi tapak web anda atau menghubungi gedung anda. Cuma beberapa klikan perlu dilakukan untuk menambah butang seruan tindakan.

Anda memiliki profil Facebook yang ingin ditukar kepada Halaman perniagaan?

Apabila anda sudah mencipta Halaman...

  • Terbitkan Halaman anda apabila lengkap

    Anda boleh memastikan orang hanya melihat Halaman anda yang sudah siap dengan tidak menerbitkannya semasa anda menciptanya. Anda boleh mengubah butiran ini dalam tab Tetapan pada bila-bila masa sahaja.

  • Mulakan mencipta kiriman sekarang juga

    Anda tentu mahu Halaman anda berstatus aktif dan bermaklumat sebelum anda mula mempromosikannya. Oleh itu, mulakan mengirim kemas kini tentang perniagaan anda, tawaran istimewa dan pelbagai lagi sebaik sahaja Halaman anda diterbitkan. Ketahui tentang penerbitan kiriman pada Halaman anda

  • Hidupkan pemesejan

    Facebook Messenger disepadukan dengan Halaman anda, oleh itu anda boleh berhubung dengan pelanggan secara peribadi. Pemesejan pada Halaman anda memudahkan orang ramai menghubungi perniagaan anda untuk mengajukan soalan dan memberikan maklum balas. Ketahui tentang penggunaan Messenger untuk perkhidmatan pelanggan

  • Fahami hasil Halaman anda

    Klik Wawasan di bahagian atas Halaman anda untuk mengetahui cara orang terlibat dengan perniagaan anda di Facebook. Anda akan mengetahui jumlah orang yang dijangkau oleh kiriman anda dan pelbagai lagi. Ketahui tentang pengukuran hasil pada Halaman anda

Contoh Halaman perniagaan Facebook pada peranti mudah alih

Wujudkan perniagaan anda di Facebook hari ini untuk mula berhubung dengan orang ramai.

Sumber tambahan

Sekumpulan apl dan perkhidmatan untuk semua cara bagi orang dan perniagaan berhubung.

Seberapa berguna anda nampak halaman ini?
Facebook for Business

Facebook boleh membantu perniagaan anda yang besar, sederhana atau kecil berkembang. Dapatkan berita terkini untuk pengiklan dan banyak lagi di Halaman Perniagaan Facebook kami.