Bagaimanakah kami boleh membantu anda?

Pilih topik di bawah untuk mendapatkan jawapan kepada soalan anda.

Soalan Teratas

Adakah anda rasakan profil Facebook peribadi anda mungkin telah digodam? Ketahui cara untuk melindungi akaun anda.

Jika anda tidak mengenali aktiviti pada akaun pengiklanan anda, berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu semak:

  1. Semak sejarah pembelian dan sejarah akaun anda. Tindakan menyemak sejarah pembelian anda akan memberikan pecahan terperinci bagi caj pada akaun anda. Anda boleh klik setiap ID Transaksi untuk mengetahui iklannya dan cara amaun yang anda belanjakan dihitung.

    Menyemak sejarah akaun anda akan membolehkan anda melihat aktiviti terbaru pada akaun iklan anda.
  2. Semak untuk mengetahui jika anda mempunyai peruntukan belanja harian atau peruntukan belanja sepanjang hayat. Setiap kali anda mencipta iklan baharu, anda akan memilih peruntukan belanja untuk iklan tersebut. Anda akan boleh memilih di antara peruntukan belanja harian atau peruntukan belanja sepanjang hayat. Jika anda menetapkan peruntukan belanja harian tetapi bermaksud ingin menetapkan peruntukan belanja sepanjang hayat atau sebaliknya, anda mungkin dibilkan berbeza daripada yang dijangka.
    • Peruntukan belanja harian: Ini amaun yang anda telah nyatakan bahawa anda sanggup belanjakan pada iklan set iklan tertentu setiap hari. Setiap set iklan akan mempunyai peruntukan belanja yang berasingan, oleh itu ingat perkara ini jika anda mempunyai lebih daripada satu set iklan yang aktif dalam akaun anda. Iklan anda akan dihentikan siaran secara automatik apabila peruntukan belanja harian anda untuk set iklan itu sudah mencapai hadnya untuk hari tersebut. Ketahui cara menyunting peruntukan belanja harian anda.
    • Peruntukan belanja sepanjang hayat: Peruntukan belanja sepanjang hayat membolehkan anda menetapkan amaun untuk dibelanjakan sepanjang hayat bagi suatu set iklan. Sistem kami akan cuba membahagikan sama rata secara automatik untuk amaun yang anda belanjakan sepanjang tempoh masa yang anda pilih. Ketahui cara menyunting peruntukan belanja sepanjang hayat anda.

    Nota: Jika anda mahu membelanjakan amaun yang tertentu bagi sepanjang hayat iklan anda, semak semula untuk memastikan bahawa anda sudah menetapkan peruntukan belanja sepanjang hayat, dan bukannya peruntukan belanja harian.

  3. Lihat sama ada ambang bil anda sudah dijangkau. Dalam bahagian Ringkasan Bil pada Pengurus Iklan anda, anda boleh lihat ambang bil anda. Jika iklan anda dijadualkan untuk disiarkan sepanjang berbilang bulan, atau jika iklan itu disiarkan lebih lama daripada apabila ambang bil anda dicapai, anda mungkin nampak baki selebihnya dibawa ke depan dalam bil anda yang berikutnya.
  4. Semak maklumat bergrafik ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara ambang pengebilan berfungsi:

  5. Semak untuk mengesan orang lain yang berbelanja menggunakan akaun anda. Jika bukan anda sahaja yang boleh mengakses akaun iklan anda atau mengakses kaedah pembayaran yang anda gunakan, ada kemungkinan anda dapat lihat perbelanjaan orang lain pada bil anda. Jika anda mengesyaki berlaku hal sedemikian, pergi ke Tetapan Akaun anda dalam Pengurus Iklan. Dalam bahagian Peranan Akaun Iklan, anda akan dapat lihat orang yang boleh mengakses akaun anda itu. Hubungi sesiapa yang anda kenal yang mungkin telah membuat pesanan untuk iklan menggunakan kaedah pembayaran anda.

Jika anda telah menyemak perkara ini, masih melihat pembelian yang anda tidak kenal pasti dan percaya seseorang telah menggodam akaun iklan anda, sila beritahu kami.

Membantukah maklumat ini?

Jika iklan anda tidak menerima jumlah tanggapan yang anda harapkan (atau tiada langsung), terdapat beberapa perkara yang anda boleh semak, seperti status akaun anda, peruntukan belanja, atau keterkaitan iklan.

Semak perkara ini dahulu:

Adakah kempen, set iklan atau iklan anda aktif?
Jika kempen, set iklan atau iklan anda tidak aktif, anda boleh membetulkannya dengan menghidupkan kembali kempen, set iklan atau iklan anda
Adakah anda menjangkau had perbelanjaan anda?
Adakah iklan anda diluluskan?

Kami menyemak setiap iklan yang anda cipta sebelum kami mula menyiarkannya untuk memastikannya mematuhi dasar kami. Sebab paling lazim sesuatu iklan itu tidak diluluskan adalah kerana imej dalam iklan tersebut adalah lebih daripada 20% teks. Jika iklan anda tidak diluluskan, anda boleh menyunting dan menyerahkannya semula.

Adakah iklan anda dijadualkan untuk disiarkan pada masa hadapan?
  • Semak sama ada iklan anda tidak dijadualkan untuk siaran pada masa hadapan. Kami hanya akan menyiarkan iklan mengikut tempoh masa yang anda tentukan. Untuk membetulkannya, tukar jadual untuk iklan anda.

Jika iklan anda aktif, tetapi masih mendapat tanggapan yang terlalu sedikit:

Adakah peruntukan belanja anda terlalu rendah?
  • Apabila peruntukan belanja terlalu rendah untuk saiz khalayak anda, sukar bagi iklan anda untuk bersaing dengan pengiklan lain yang membelanjakan lebih banyak wang untuk menjangkau khalayak yang sama. Akibatnya, iklan anda mungkin menjangkau bilangan orang yang kurang daripada bilangan yang kami ramalkan.
Adakah anda telah menyunting iklan anda berbilang kali dalam tempoh yang singkat?
Sistem penyampaian kami mengambil masa 24 jam untuk melaraskan tahap prestasi iklan anda. Proses ini boleh jadi lebih lama apabila anda menyunting iklan dengan kerap. Untuk membetulkannya, biarkan iklan anda disiarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum anda menyuntingnya lagi. Ketahui lebih lanjut tentang masa yang diambil untuk perubahan anda berlaku.
Adakah orang yang sama melihat iklan anda berulang kali?
Iklan yang ditunjukkan sekitar 3 kali atau lebih akan cenderung merosot prestasinya, walaupun amat berjaya pada awalnya. Kami mengesyorkan agar anda mencipta iklan baharu dengan imej atau teks baharu kira-kira sekali seminggu. Pastikan anda menghentikan iklan terdahulu sebelum menyiarkan iklan baharu supaya iklan-iklan tersebut tidak bersaing antara satu sama lain.
Adakah iklan anda berkaitan dengan khalayak anda?
  • Sesudah iklan anda mempunyai lebih daripada 500 tanggapan, anda boleh semak skor keterkaitan anda. Keterkaitan skor iklan anda adalah berdasarkan beberapa faktor, termasuk maklum balas positif (seperti klikan atau perkongsian) dan maklum balas negatif.
  • Skor keterkaitan yang rendah bermaksud sama ada iklan anda menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan, atau ramai orang mengklik Saya tidak mahu melihat iklan ini pada iklan anda. Oleh sebab iklan yang lebih berkaitan menunjukkan prestasi yang lebih baik, kami sentiasa mengutamakan iklan yang mendapat skor keterkaitan tinggi berbanding iklan yang mendapat skor keterkaitan rendah apabila iklan tersebut membida amaun yang sama.

Senario lain

Satu daripada set iklan saya menunjukkan prestasi lebih baik daripada set iklan yang satu lagi
  • Semak sama ada set iklan anda menyasarkan khalayak yang berbeza. Sistem penyampaian kami berfungsi secara jika 2 set iklan bersaing untuk khalayak yang sama, kemungkinan besar anda akan nampak satu set menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada set satu lagi.
  • Itu perkara biasa bagi satu iklan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada iklan satu lagi. Iklan dioptimumkan supaya iklan yang mendapat penglibatan lebih banyak, seperti klikan dan perkongsian, akan disiarkan lebih kerap untuk menyampaikan prestasi terbaik untuk peruntukan belanja anda. Hasilnya, satu iklan mungkin mendapat tanggapan lebih banyak daripada iklan lain dalam set iklan yang sama. Ketahui lebih lanjut tentang sebab iklan yang serupa boleh menunjukkan prestasi yang berbeza-beza.
Khalayak sasaran saya bertindih
  • Gabungkan beberapa set iklan anda yang bertindih. Jika beberapa set iklan menyasarkan khalayak yang hampir serupa, anda akan dapat lihat hasil yang lebih baik dengan menggabungkannya kepada satu set iklan dengan peruntukan belanja yang lebih besar.
  • Perhalusi sasaran anda. Manfaatkan sasaran berasaskan lokasi, umur, jantina, minat dan/atau tingkah laku untuk memastikan setiap set iklan mempunyai khalayak yang khusus dan tersendiri. Anda juga boleh mencuba mencipta Khalayak Tersuai yang berasingan (daripada piksel atau data pelanggan anda) atau Khalayak Serupa (orang yang serupa dengan pelanggan terbaik anda) bagi setiap set iklan.

Sumber Tambahan:

Masih menghadapi isu dalam menyelesaikan masalah berkaitan iklan Facebook anda? Dapatkan sokongan tambahan pada halaman sumber kami.

Membantukah maklumat ini?

Sebelum iklan disiarkan di Facebook atau Instagram, iklan tersebut disemak untuk memastikannya mematuhi Dasar Pengiklanan kami. Biasanya kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 24 jam, walaupun dalam beberapa kes ia mungkin mengambil masa yang lama.

Jika anda menerima e-mel atau pemberitahuan daripada kami yang menyatakan bahawa iklan anda tidak diluluskan, lihat dasar kami untuk memahami cara anda boleh menyemak iklan anda dan cuba mendapatkan kelulusan lagi.

Jika anda risau kiriman anda tidak diluluskan pada masanya, anda sentiasa boleh cuba menjadualkan kiriman anda awal. Dalam bahagian Berapa banyak yang anda mahu belanjakan?penciptaan iklan, klik Tetapkan tarikh mula dan tamat di sebelah Jadual. Anda boleh tetapkan iklan anda untuk mula pada bila-bila masa di masa hadapan.

Kadangkala kami membuat kesilapan. Jika anda fikir iklan anda mematuhi polisi kami dan tidak patut untuk tidak diluluskan, tolong beritahu kami.
Membantukah maklumat ini?

Bagi memastikan Facebook selamat digunakan oleh orang ramai, kami menyemak kandungan pengiklanan. Dalam sesetengah hal, kami melumpuhkan akaun yang tidak mengikut Dasar Iklan kami. Terdapat pelbagai sebab sesuatu akaun iklan mungkin dilumpuhkan, oleh itu kami mengesyorkan agar anda menyemak dasar tersebut serta Syarat Penggunaan kami.

Jika anda fikir akaun iklan anda tersilap dilumpuhkan, dan bahawa akaun tersebut mematuhi dasar kami, sila beritahu kami. Jika anda diberitahu bahawa akaun iklan anda dibenderakan kerana aktiviti luar biasa, anda boleh menghubungi kami menggunakan borang ini.

Anda turut boleh pergi ke Pengurus Iklan anda, ikut arahan dalam kotak merah di bahagian atas halaman.

Jika anda telah menghubungi kami, terima kasih atas kesabaran anda sementara menunggu kami menyelidiknya.

Membantukah maklumat ini?

Jika kaedah pembayaran yang anda gunakan untuk menyiarkan iklan di Facebook gagal dilakukan, anda boleh mencuba salah satu daripada pilihan ini:

Kebanyakan kegagalan pembayaran berlaku apabila bank atau penyedia pembayaran anda mengalami masalah dalam memproses bayaran anda.

Jika pembayaran iklan anda gagal dilakukan, kami akan:

  1. Cuba mengecaj kaedah pembayaran utama anda sekali lagi.
  2. Cuba mengenakan caj terhadap kaedah pembayaran lain yang anda sediakan pada akaun iklan anda.
  3. Sekiranya semua kaedah pembayaran anda gagal, kami akan menghentikan semua iklan yang anda siarkan sehingga anda melunaskan baki yang tertunggak.

Pada masa ini, anda tidak akan menerima sebarang caj tambahan. Apabila baki anda telah dilunaskan, kami akan menyambung semula sebarang iklan aktif atau berjadual dan cuba menggantikan sebarang kerugian masa untuk menepati tarikh kempen asal dan peruntukan belanja yang anda telah tetapkan.

Sumber Tambahan

Jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan pembayaran yang gagal dilakukan, anda boleh hubungi pasukan sokongan kami.
Uruskan Iklan anda

Membantukah maklumat ini?

Jika anda menghadapi masalah dengan cara penampilan Facebook dalam pelayar web anda, anda mungkin mengalami isu cache atau data sementara.

Anda mungkin boleh menyelesaikan masalah ini dengan membersihkan cache dan data sementara anda. Anda boleh melakukan ini daripada tetapan atau pilihan utama pelayar web anda. Anda perlu menggunakan arahan yang khusus untuk versi pelayar dan sistem pengendalian anda (cth: Mac, PC):

Jika cara ini masih gagal menyelesaikan masalah anda, puncanya mungkin anda menggunakan pelanjutan pelayar pihak ketiga. Kami mengesyorkan supaya anda menyahdayakan tambahan ini sebelum mengakses tapak tersebut semula. Anda juga boleh cuba menggunakan pelayar web yang lain.

Jika anda fikir bahawa isu ini adalah disebabkan oleh masalah dengan Facebook, silaberitahu kami.

Membantukah maklumat ini?
Iklan saya sentiasa tidak diluluskan. Mengapa?Lihat lagi: Penyelesaian masalah iklanLihat lagi: Penyelesaian masalah halaman

Sokongan Tambahan

Cari lebih lagi bantuan di Pusat Bantuan Pengiklan