PUSAT KREATIF
Lihat cara pengiklan mencuba cara baharu merentasi pelbagai format iklan Facebook kami
CERITA KEJAYAAN
Lihat perkara yang mungkin di Facebook
Ubisoft membuat iklan video yang sepadan dengan gaya pemain berbeza
Pembangun permainan ini mengeluarkan video untuk dipadan bersama pemain dengan persona berbeza dalam permainan Ghost Recon. Setiap video mempunyai kesendengannya sendiri—Pakar taktik, yang terpesona dengan sains, teknologi dan strategi; Pesaing, yang sukakan cabaran dan semangat juang yang tinggi; dan Peneroka, yang lebih menyukai pandangan luas dan permainan dunia terbuka.
Royal Caribbean membawa orang mengikuti kembara maya dalam kapal baharunya.
Untuk menjana keterujaan tentang pelancaran kapal baharu, Royal Carribean menggandingkan statistik menakjubkan tentang kapal tersebut dengan imej dan video panorama kehidupan di laut. Orang ramai menghabiskan 72 saat secara purata untuk meneroka segala-galanya dari luncur air 10 tingkat kapal tersebut ke pelayan bar robotnya hingga ke pemandangannya yang menakjubkan.
Perrier membuat sesuatu yang biasa menjadi baharu semula
Jenama air klasik ini membuat reka bentuk siri iklan video mudah alih untuk membiasakan semula botol ikonik Perrier. Sebuah video menarik yang memaparkan belon udara panas gaya kartun terbang dari mulut botol—menjana peningkatan 17 mata dalam mengingat kembali iklan.
Mulakan idea anda hari ini
Facebook boleh membantu perniagaan anda yang besar, sederhana atau kecil berkembang. Dapatkan berita terkini untuk pengiklan dan banyak lagi di Halaman Perniagaan Facebook kami.