Ingin mengetahui lebih lanjut?
Klik atau ketik ikon campur untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara sekumpulan apl dan perkhidmatan Facebook boleh membantu anda menjangkau orang, mendorong jualan dan mengembangkan perniagaan anda.
Jutaan perniagaan, besar dan kecil, menggunakan kumpulan apl dan perkhidmatan Facebook untuk berhubung dengan orang sebenar pada sebarang peranti.
Tempat untuk perniagaan anda
Halaman Facebook membantu orang untuk berhubung dengan perniagaan anda. Dan iklan Facebook membantu orang menemui perniagaan anda.
Hubungan berilham
Di Instagram, perniagaan anda boleh menggunakan foto, video dan iklan untuk mengilhami orang, membina kesedaran dan mendorong tindakan.
Hai Anna, pesanan anda kini dalam perjalanan! Ia dijadualkan akan tiba pada hari Isnin.
Hai, saya baru sahaja menerima topi keledar saya. Walau bagaimanapun, saya telah memesan saiz yang salah dan ingin menukarnya.
Tentu sekali boleh! Saya ada menghantar label pengembalian prabayar ke alamat e-mel anda. Apakah saiz yang anda ingini untuk menggantikannya?
Saiz sederhana.
Baiklah, kami akan menghantarnya kepada anda apabila kami menerima topi keledar itu kembali.
Terima kasih ye!
Sama-sama, Anna!
Saya SUKA topi keledar baharu saya! Sangat selesa dan ringan!
Terima kasih banyak-banyak!
Sama-sama, Anna! Beritahu rakan anda dan kami akan memberi anda kredit rujukan untuk pembelian anda yang seterusnya!
MESSENGER
Komunikasi selanjar
Messenger boleh membantu anda memanfaatkan kuasa pemesejan untuk menawarkan perkhidmatan yang bernilai kepada orang.
AUDIENCE NETWORK
Jangkauan yang lebih besar untuk kempen anda
Audience Network membantu melanjutkan kempen anda melangkaui Facebook, menyampaikan iklan kepada lebih ramai orang yang penting untuk anda, pada lebih banyak tempat.
Direka bentuk untuk matlamat anda
Tiada perniagaan yang serupa. Itulah sebabnya kumpulan apl dan perkhidmatan Facebook dibina untuk membantu perniagaan anda memenuhi matlamatnya yang tertentu.
BINA KESEDARAN
Sampaikan cerita jenama anda
Sama ada membina kesedaran bagi perniagaan atau produk baharu, alat kesedaran jenama kami boleh membantu orang mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang penting bagi anda.
TINGKATKAN TRAFIK, PENGLIBATAN DAN JUALAN
Bantu orang mengambil tindakan
Galakkan orang melawati tapak web atau gedung anda, memuat turun apl atau membeli produk anda.
UKUR HASIL
Buat keputusan yang lebih baik
Alat pengukuran kami boleh membantu anda melihat prestasi kempen berbanding matlamat anda dan membina kempen yang lebih baik untuk masa depan.
Sampaikan cerita anda, dengan indah
Format iklan kami direka bentuk untuk menarik perhatian dan menggesa tindakan. Ciri ini menawarkan kefleksibelan kreatif, berfungsi merentasi peranti dan dibina untuk membantu anda menjangkau matlamat anda.
TAYANGAN SLAID
Mudah untuk anda, menarik bagi orang lain
Diperbuat daripada deretan imej pegun, iklan Tayangan Slaid mencipta pengalaman video selanjar yang memuat dengan pantas pada sebarang sambungan tanpa wayar.
VIDEO
Direka bentuk untuk mendorong orang ramai
Iklan video Facebook dicipta khas untuk Suapan Berita. Iklan ini dimuatkan secara selanjar dan dimainkan secara automatik, meletakkan kuasa penglihatan, bunyi dan pergerakan di telapak tangan seseorang.
KANVAS
Diperbuat untuk mudah alih, dibina untuk idea yang sarat dengan imaginasi
Kanvas boleh memuatkan video, teks, imej dan pelbagai lagi. Walau apa jua cerita yang ingin disampaikan, Kanvas boleh membantu menghidupkannya dalam pengalaman pemuatan pantas yang disesuaikan untuk mudah alih.
BLUEPRINT FACEBOOK
Kuasai pemasaran di Facebook
Melalui Blueprint Facebook, anda boleh mengakses kursus e-pembelajaran swabimbing percuma dan seminar web yang membantu anda mencapai sebarang matlamat perniagaan dengan Facebook dan Instagram. Anda juga boleh menjadi seorang pakar pemasaran Facebook yang disahkan.
Jalin hubungan hari ini.
Facebook boleh membantu perniagaan anda yang besar, sederhana atau kecil berkembang. Dapatkan berita terkini untuk pengiklan dan banyak lagi di Halaman Perniagaan Facebook kami.