Cipta dan galakkan kiriman Facebook
Kongsikan cerita tentang perniagaan anda di tempat orang meluangkan masa mereka.
Galakkan KirimanKiriman di Halaman perniagaan Facebook anda membolehkan anda:
- Sentiasa diutamakan oleh orang yang berminat dengan Halaman anda.
- Memastikan pelanggan terus berminat dan terlibat dengan maklumat industri, kemas kini produk, pemberitahuan acara dan pelbagai lagi.
- Menjangkau khalayak yang lebih besar dengan kiriman digalakkan.
Berhubung dengan khalayak anda melalui kiriman Facebook
Kiriman di Halaman perniagaan anda merupakan cara berkesan untuk memberitahu pelanggan dan peminat anda tentang perkembangan perniagaan anda. Berikut ialah beberapa petua untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya kemas kini anda:
Berkongsi kemas kini bermakna
Sama ada kandungannya berkaitan dengan industri anda atau kemas kini tentang perkara yang dilakukan oleh perniagaan anda, kekal berhubung degan khalayak anda melalui kiriman Facebook. Gunakan naskhah pendek, seronok dibaca dan imej menarik untuk mendapatkan perhatian. Malah, anda boleh menjadualkan kiriman anda untuk menjimatkan masa.
Dapatkan lebih perhatian untuk kiriman istimewa
Apabila kiriman anda diterbitkan, anda boleh menarik lebih perhatian kepadanya dengan menyematkannya pada Halaman anda atau membenamkannya pada tapak web anda. Apabila anda menyematkan kiriman, ia akan kekal berada di bahagian atas Halaman anda, jadi itu perkara pertama yang orang akan lihat. Pembenaman kiriman bermakna ia akan terpapar di tapak web anda.
Pikat hati pelanggan dengan berita atau diskaun istimewa
Gunakan kiriman untuk membuat tawaran istimewa kepada pelanggan anda, menjemput mereka untuk menghadiri acara atau berkongsi detik ini melalui video langsung
Cipta kiriman semasa dalam perjalanan
Muat turun apl Pengurus Halaman Facebook ke peranti mudah alih anda untuk mencipta kiriman buat perniagaan anda dari mana-mana sahaja. Ini satu cara yang cukup berkesan untuk berkongsi kemas kini dan foto hingga ke minit terakhir dengan khalayak anda.
Jangkau lebih ramai orang dengan kiriman digalakkan
Jika anda mahu kiriman anda menjangkau khalayak lanjutan melangkaui orang yang suka Halaman anda, anda boleh menggalakkan kiriman Halaman. Setelah anda mencipta kiriman, klik butang Galakkan Kiriman dan ikut langkah-langkah tersebut.
Halakan kiriman anda ke khalayak yang lebih besar
Apabila anda menggalakkan suatu kiriman, anda memilih khalayak yang anda kehendaki mereka lihat kiriman anda. Pilih orang yang suka Halaman anda, lanjutkannya kepada rakan mereka, atau pilih khalayak baharu yang anda sesuaikan mengikut umur, lokasi, minat dan pelbagai lagi.
Tetapkan peruntukan belanja anda
Anda mengawal jumlah yang dibelanjakan pada kiriman digalakkan—kami tidak sekali-kali akan mengenakan caj lebih daripada peruntukan belanja yang anda pilih. Peruntukan belanja yang anda pilih ialah harga setiap hari untuk menggalakkan kiriman. Bergantung kepada khalayak dan peruntukan belanja yang anda pilih, anda boleh atau mungkin tidak boleh menjangkau amaun maksimum peruntukan belanja anda setiap hari.1
Mulakan dengan menggalakkan kiriman.
Sumber tambahan
Ambil kursus dalam talian kami dan ketahui cara untuk galakkan kiriman.
Pusat Bantuan Pengiklan
Baca lebih lanjut tentang menggalakkan kiriman di Halaman perniagaan Facebook anda dalam Pusat Bantuan kami.
Facebook boleh membantu perniagaan anda yang besar, sederhana atau kecil berkembang. Dapatkan berita terkini untuk pengiklan dan banyak lagi di Halaman Perniagaan Facebook kami.