Lihat perkara yang dilakukan oleh perniagaan lain di Facebook
Dapatkan ringkasan, sorotan dan cuitan bagi acara industri utama
Terokai contoh kreatif dan buat contoh iklan anda sendiri

Pemesejan pada Halaman anda

Mudahkan orang untuk berhubung dengan perniagaan anda menggunakan Messenger.

Bina perhubungan dengan pelanggan anda

Semakin ramai orang di seluruh dunia berhubung melalui pemesejan segera—lebih daripada 1 bilion orang menggunakan Facebook Messenger setiap bulan.1 Ini merupakan cara yang sesuai untuk memberitahu pelanggan bahawa anda mendengar pendapat dan mencipta hubungan peribadi dengan mereka dan ia disepadukan secara automatik dengan setiap Halaman Facebook.

Contoh mudah alih tentang cara Facebook Messenger berfungsi untuk berkomunikasi dengan pelanggan

Dengan berkomunikasi melalui Messenger, anda boleh:

  • Mengadakan perbualan dengan pelanggan terus daripada Halaman perniagaan Facebook anda.
  • Jawab soalan atau kepentingan daripada pelanggan anda secara peribadi tentang perniagaan anda, pesanan mereka atau sebarang perkara lain.
  • Memberitahu orang ramai tentang masa anda tersedia untuk menjawab mesej mereka serta komen dan mesej Halaman.

Berkomunikasi dengan pelanggan anda di mana jua dan pada bila-bila masa

Messenger ialah tempat yang hebat untuk mengadakan perbualan dengan pelanggan anda iaitu tempat anda boleh mendengar pendapat mereka, menjawab soalan, memberi mereka maklumat tentang perniagaan anda dan pelbagai lagi.

Petua untuk berkomunikasi dengan pelanggan menggunakan Messenger

Petua mengurus mesej anda

Penting untuk mengadakan suatu rancangan bagi menerima dan membalas mesej. Gunakan garis panduan ini untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda di Messenger.

Hidupkan pemesejan di Halaman Facebook anda apabila anda sudah bersedia

Hidupkan pemesejan apabila anda sudah bersedia

Setelah anda mendayakan pemesejan untuk Halaman anda, orang akan menghantar mesej dan mengharapkan tindak balas. Maka, hidupkan pemesejan hanya apabila anda bersedia untuk membalas mesej.

Hidupkan Balasan Segera di Halaman Facebook anda untuk balasan automatik

Tetapkan jangkaan dengan Balasan Segera

Hidupkan Balasan Segera untuk menghantar balasan automatik kepada sesiapa sahaja yang menghantar mesej ke Halaman anda. Ciri ini boleh digunakan untuk mengalu-alukan pelanggan dan berterima kasih kepada mereka kerana menghubungi anda sebelum anda boleh memberikan tindak balas secara peribadi.

Tuding pada nama pelanggan untuk melihat kad maklumat dan membantu anda menghantar mesej yang betul

Hantar mesej yang betul untuk setiap pelanggan

Lihat kad maklumat pelanggan anda untuk mendapatkan maklumat tentang pelanggan anda sebelum membalas mesej. Konteks tersebut menunjukkan masa tempatan mereka, tempat tinggal mereka, sejarah pesanan dan maklumat lebih lanjut tentang pelanggan tersebut. Ini membantu anda menyesuaikan mesej yang betul untuk mereka.

Sambut pelanggan anda menggunakan Ucapan Messenger

Tetapkan ucapan selamat datang

Dengan Ucapan Messenger, anda boleh menetapkan ucapan yang boleh disesuaikan muncul apabila seseorang memulakan perbualan dengan Halaman anda buat pertama kali. Ucapan ini terpapar sebelum sebarang mesej dihantar dan boleh menyediakan sebarang maklumat yang anda mahu orang dapati sebelum mereka menghantar mesej kepada anda.

Gunakan Mesej Tiada Messenger untuk memberitahu pelanggan yang anda tiada di Messenger sekarang

Gunakan Mesej Tiada jika anda tidak boleh berada di situ

Pada bila-bila masa anda berada jauh dari komputer atau telefon, anda boleh menghidupkan Mesej Tiada untuk memberitahu pelanggan yang anda akan membalas tidak lama lagi. Ini membantu anda memastikan penarafan tindak balas anda dan menetapkan jangkaan dengan pelanggan anda.

Gunakan mesej yang paling biasa anda dengan balasan Disimpan di Halaman Facebook

Jimatkan masa dengan balasan disimpan

Balasan disimpan membolehkan anda menulis, menyimpan dan menggunakan semula mesej. Semua mesej ini boleh menjadi sangat berguna terutamanya bagi soalan-soalan lazim seperti waktu perniagaan anda, e-mel atau nombor telefon.

Sumber tambahan

Blueprint Facebook

Sertai kursus dalam talian kami di Facebook Messenger.

Pusat Bantuan Pengiklan

Baca tentang penggunaan Facebook untuk perkhidmatan pelanggan: Menghantar mesej dan mengurus mesej.

Sekumpulan apl dan perkhidmatan untuk semua cara bagi orang dan perniagaan berhubung.

Seberapa berguna anda nampak halaman ini?
Facebook for Business

Facebook boleh membantu perniagaan anda yang besar, sederhana atau kecil berkembang. Dapatkan berita terkini untuk pengiklan dan banyak lagi di Halaman Perniagaan Facebook kami.